Tuesday, June 30, 2009

30 Jun 2009 Tarikh Keramat

Tanggal 30 Jun 2009 genapla umur aku 23 tahun idup kat atas muka bumi ni..erm..dh mcm2 aku harungi..ade pahit, ade suka, ade duka.23 tahun ni jugakla yg mengajar ku erti bermacam2 perkara.termasuklah sebuah percintaan..huhu..ntahla..aku pun xtau..adekah aku salah langkah?ataupun ni ujian yg Allah nk bagi kat aku..

Tarikh 30 Jun 2009 jugak menjadi tarikh keramat yg aku akan ingat sampai bila2.kenangan plg pahit lam idup aku.aku dh mula rasa menyesal kerana terjerumus lam dunia cinta kpd manusia yg belum tentu berakhir ngan "Happy Ending".mungkin ade silap di mana2.xpe..hidup mesti diteruskan.ianya membuatkan aku tabah tuk jalani idup hari2 mendatang.usia aku dh pun cecah 23 tahun, aku mesti matang lam menilai sesuatu perkara. aku ambik sume 2 sbg positive..

Dan pada ari ni juga aku mendapat hadiah yg xdiduga kat office td..terharu rasanya bila sume staff kat sn belikan aku kek.siap tulis nama aku lg..mekasih ye akak2 dan abg2 sume..diorang layan aku cam adik diorang je mentang2 aku yg paling muda di klgn mereka.

Allah maha adil..aku yakin ngan janji2 Allah.. setiap kebaikan akan dibalas ngan kebaikan n setiap kejahatan akan dibalas ngan kejahatan. aku berusaha melupakan kesilapan yg penah aku wat dl..aku akan mulakan idup baru. aku nk tlg family aku..wlpn org xhargai yg penah aku wat dl, aku xkisah..aku halalkan jela..semoga dia diberkati oleh Allah SWT dan diampuni dosa2nya..amin..

Next week aku outstation ke perak lak..lam sebulan ni byk tul b'jln..huhu..best jugak camni..

kla..dh nk maghrib ni..nak siap2 tuk smyg maghrib..k..bye..assalamualaikum..

Sunday, June 28, 2009

Cinta Manusia Cinta Gila??

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tanganuntuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan duamata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhantelah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.


Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.



Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami..

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!!

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya..

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.

Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan

Saturday, June 27, 2009

dugaan hidup

lam hidup ni nape banyak sgt cabaran yg kita kene tempuhi?semalam merupakan ari yg paling sukar lam idup aku.walaupun aku gembira ngan mendapat gaji pertama aku, tapi satu perkara yg betul2 menyentap hati aku tlh berlaku..nape masa ni perkara ni terjadi?nape?

setiap yg berlaku pasti ada hikmahnye..aku harap aku blh sabar dan blh teruskan hidup.aku mesti kuat.aku anak laki harapan keluarga (kata akak aku..huhu..).mgkin Allah nk tunjuk mana yg benar mn yg salah..mungkin ni jugak hukuman atas ape yg penah aku wat dl..

ya Allah ya tuhanku, aku memohon ampun kepadaMu atas kesilapan aku. Kau restuilah hidup aku.Kau berkatilah setip ape yang aku kerjakan.Kau pimpinlah aku ke jalan yang benar..sesungguhnya aku telah banyak melakukan kezaliman terhadap diri aku sendiri.

Saturday, June 20, 2009

berakhirnya sebuah penantian

Tanggal 30 April 2009 yang lalu, maka tamatlah sesi pengajian aku di USM kampus kesihatan.sepanjang 4 tahun di sana banyak onak dan duri yang ditempuh..ade yang suka ade yg duka..Pengajian di USMKK benar2 mengajar & mendidik menjadi insan berguna insyaAllah..terima kasih kepada sume lecturer.

1 jun 2009 merupakan tarikh keramat yg xkan aku lupakan.Allah kurniakan aku rezeki dgn pendapat pekerjaan pertama aku tanpa perlu menunggu panjang.skadar sempat melepaskan lelah 4 thn belajar selama sebulan shj.Alhamdulillah..n sempena tarikh 2 jugak birthday akak aku.huhu..memudahkan aku tuk ingat tarikh hari pertama aku kerja..

arini dh dekat 20 ari aku kerja kat company Sinaran Consultancy Sdn Bhd sbg QC Assessor..byk aku blaja kat sini.dengan keadaan kerja yang xlah menimbulkan stress kpd aku membuatkan aku semakin serasi ngan keje ni..tambah2 lg byk outstation lgla aku suka..huhu..aku kan backpacker..haha..tp kengkadang rasa diri ni kecik sgt bl kena marah sbb slh wat report..rasa cam nk nangis je..tp xpe..aku kn kuatkan semangat..2 sume demi masa depan aku n kuarga aku kan..

next week nk g penang..kat ctu mgkn aku byk blaja n dh leh wat sorang2..insyaAllah..n next week gak gaji pertama aku..aku harap2 Allah bimbing aku tuk menguruskan gaji aku untuk kebaikan..xnakla asyik belanja tuk benda2 xde pekdah je kan..huhu

kla..2 serba sedikit psl keje aku..nanti aku akan cite lg..k bye..

the new beginning

assalamualaikum wbt..

arini, tanggal 20 Jun 2009, aku memulakan hobi baru sebagai penulis blog..huhu..walaupun aku xpandai sgt tuk menulis, tp dengan melihat kpd keadaan semasa yg memaksa aku terjerumus ke lembah blog ni. Sebenarnye dh lama aku nk jd penulis blog ni, almaklumla dunia sains n teknologi skang n melihat kpd jkengkawan yg kebanyakan dah lama berjinak ngan dunia blog ni..aku pun jeles gakla..huhu..

jadi kepada kengkorang yg kat luar sana, sudi2 la lawat blog aku yg xseberapa ni yek..komen2 membina 2 jgn malu2 lak nk share..xkisahla..korang tulis jela ape yg korang nk k..

sebenanrnye aku tulis blog ni sbb aku nk share psl diri aku je..ermmm..sbg diari idup akula..nanti dh tua nanti senang ckit nk refer n ingat kembali kenangan2 lampau kan..korang nanti la k entry2 dr aku..insyaAllah aku akan sentiasa update blog ni..tp next week aku kene g penang lak..outstation seminggu.pas blk dr penang insyaAllah aku update lak..

kla..sekian tuk yg pertama kalinye ni..thanx kpd yg sudi lawat blog aku ni..

assalamualaikum..