Wednesday, July 22, 2009

Cabaran Hidup

Assalamualaikum wbt.

Dah lama aku x update blog rupanya..huhu..sibuk ckit kebelakangan ni..kesempatan yang ade sebelum balik office ni, aku kuatkan tuk tulis ckit tuk dikongsi ngan pembaca2 skalian.

Berbicara mengenai cabaran hiudp, ironinya kita x dpt lari dari memikirkan masa depan.semuanya inginkan warna-warni seperti yang diinginkan.Andai kita punya kuasa, sudah tentu percaturan masa hadapan kita yang tentukan. Barangkali kita terlupa, dunia satu warna sudah tentu mengundang kebosanan. Tanpa cabaran dan musibah, dunia menjadi lebih kelam dan suram.Lantaran itu, masa depan yang dijanjikan Allah sudah termaktub dalam louh mahfuz.

Aku terpegun melihat seekor ulat bulu.aku tertanya2 adakah ulat bulu itu sedar yang satu hari hari nanti dia akan bertukar menjadi rama2 yang cantik?mungkin kesedaran itulah menyebabkan ulat bulu itu terus tabah menjalani kehidupan seharian.walaupun pelbagai cabaran dihadapi dalam hidupnya.namun dia tetap tabah.

sebenarnya ada beberapa cabaran yang seharusnya kita ketahui. Dalam keadaan dunia mengalami anjakan paradigma yang begitu drastik, kita sering dimomokkan dengan hiburan terlampau, warna-warna ciptaan manusia yang melalaikan, dan propaganda barat yang tidak pernah henti. Atas dasar itulah, kalam Allah yang termaktub dalam kitab suci dan wasiat nabi menjadi benteng ketahanan diri. Konflik dalam diri sering wujud apabila kita berbicara dengan akal, nafsu dan hati kecil kita. Hal inilah yang menjadi cabaran dalam kehidupan, iaitu cabaran sikap dan pendirian. Kata orang, sesiapa yang ingin berubah perlu bermula dari diri sendiri. Benarlah, dan ini bertepatan dengan mafhum dari surah al-Baqarah, ayat 153.

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”.

Kadangkala kita sering membenarkan kata-kata nafsu kita dan hal inilah yang menjadi cabaran untuk kita melakukan perubahan (mutaghoiyirot). Lemahnya jati diri dan kurangnya penghayatan al-Quran akan membuka banyak ruang-ruang untuk syaitan merajai diri. Natijahnya, kita sendiri tidak kembali kepada fitrah. Tidak hairanlah, hati sentiasa mencuba biar akal menentang dan nafsu pula mengiyakan.

Antara cabaran lain pula ialah cabaran kefahaman. Perkara yang kita lakukan tanpa tujuan dan ilmu bolehlah diumpamakan seperti tin kosong yang berkarat. Tiada isi dan tidak boleh dimanfaatkan. Hidup hanya suka-suka dan hiburan sebagai matlamat jelas menggambarkan bahawa kita kemarau ilmu dan kefahaman. Jangan terkejut sekiranya keluar kata-kata skeptikal begini. ‘saya memang dilahirkan untuk menyanyi.’ ‘Allah anugerahkan kecantikan untuk saya tunjuk’ dan sebagainya. Tidak memahami sebab dan hakikat penciptaan menjadikan kita ini manusia yang mudah diperkotak-katikkan. Bahkan kita umpama lembu dicucuk hidung apabila menjadi mangsa eksploitasi media dan orientalis barat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah lagi.

“Allah menganugerahkan al-Hikmah (kefahaman mendalam tentang al-Quran dan asSunnah) kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al-Hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahkan kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pengajaran (dari firman Allah)” (2:269)

Siapalah di antara kita yang berani menafikan kalam Allah? Sudah tentu kita wajib membenarkan. Kefahaman yang Allah anugerahkan perlu dimanfaatkan dan dijadikan sebagai benteng menentang cabaran kefahaman. Justeru bergeraklah di atas kaki sendiri. Beridentitikan Islam sejati, bukan Islam pada nama semata.

"hari-hari sepanjang kehidupan bukan selamanya diiringi episod suka dan tawa. Kerana syurga terlalu mahal untuk orang yang hidup sambil lewa di dunia. Apatah lagi yang mencintai dunia sementara. Syurga itu hadiah buat mereka yang berusaha mendapatkannya.."

"perjalanan menempuh usia, menuntut jutaan pengorbanan. Antara tawa dan air mata, gadaian kita hanyalah syurga. segala rela dan paksa , melaksanakan syiar di bumiNya. masih ada masa membetulkan yang tersalah, menyatukan yang terpisah.."

Wednesday, July 1, 2009

Bina Kekuatan, Pulih kembali Harga Diri

Dalam menjalani kehidupan kat atas muka bumi ni, banyak sangat ujian yang Allah SWT bagi..kadang2 aku terduduk, tak termamputuk menahan dan mengharungi.Tapi aku yakin, setiap ujian yg Allah nk bagi tu pasti boleh dihadapi oleh setiap hambaNya. dalam mencari kekuatan diri yang hilang sebelum ni, aku bersyukur kerana Allah sentiasa mengasihi dan merahmati aku.tak putus2 hidayah Allah yang allah kurniakan kepada aku.Alhamdulillah...

Cinta aku disambut dengan surat cinta daripa Allah SWT iaitu melalui kalamNYa, al-Quranulkarim.sebelum ni aku dh jarang menjenguk kitab ini.tapi skarang alhamdulillah, bila setiap hari aku membacanya, aku dh mula jatuh cinta kepadaNya.sememang al-Quran memberikan ketenangan kepada aku..

Allah subhanahu wata'ala berfirman: "Dan Kami turunkan dalam Al Qur'an ayat-ayat yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman... (QS Al Isra' (17) : 82)

"Dan Kami turunkan kepadamu Al Qur'an untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri" (Qs An Nahl (16): 89)

Skarang aku dh sedar, cinta kepada manusia dengan perlaksanaan yang tidak berlandaskan syarak akan merosakkan hati tetapi cinta kepada Allah SWT akan memberikan ketenangan kpd hati dan itulah cinta sejati.

skrang aku dh yakin:
JIka hati sedih dan gelisah, ubatnya ada dalam Al Quran. Jika ada penyakit dalam hati kita, ubatnya ada dalam Al Quran. Jika engkau sedang patah hati, ubatnya ada dalam Al Quran. Jika merasakan seakan-akan dunia ini menghimpit dirimu, maka bacalah Al Quran! Kerana Al Qur'an adalah penawar hati, pemberi ketenangan.
Barangsiapa menjauhinya (Al Qur'an) karena kesombongan, Allah akan menghancurkannya. Nauzubillah..

Siapa yang mencari-cari petunjuk dari selainnya, Allah akan menyesatkannya.

Ya Allah..kenapa aku ni lalai dl?kenapa aku meletakkan diri aku lam golongan org2 yg zalim?aku bertaubat ya Allah..

Dia (Al Qur'an) merupakan tali Allah yang sangat kukuh, dia merupakan peringatan yang bijaksana dan dia adalah jalan yang lurus. Dialah yang menjadikan hawa nafsu terkendali. Lisan tidak akan pernah ragu dengannya. Para ulama tidak akan merasa puas dengannya.
Dia tidak akan pernah membosankan meskipun diulang-ulang. Keajaiban-keajaibannya tidak akan pernah habis. Dialah yang membuatnya, para jin tidak kuat mendengarnya hingga mengatakan '... sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Qur'an yang menakjubkan, (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, lalu kami pun beriman kepadanya...'
Siapa yang berbicara dengannya, ia akan berkata jujur dan benar, siapa yang mengamalkannya akan diberi pahala, siapa yang berhukum dengannnya akan berlaku adil, dan siapa yang mengajak orang kepadanya maka akan ditunjuki kepada jalan yang lurus" (HR At Tirmidzi)


Sebuah hadis riwayat oleh Bayhaqi daripada Anas dinyatakan bahawa Rasulullah ada bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca al-Quran.”


Ya Allah..Kau pimpinlah aku ke jalan yang benar..

"...Kalau benci sekali pun jgn mengaibkan orang.. kerana mungkin kebencian kita, adalah kebaikkan buatnya....siapa tahu ya!!!..."