Friday, October 30, 2009

Serabut Sesangat...

Salam semua..lama dh xupdate blog..bkn pe..cbuk ngan keje n idup pun b'tambah serabut..ntahla..napela byk sgt dugaan Allah bg nk uji aku..mgkn aku ade byk silap.lam seminggu 2 ni aku rasa xhepi sgt.mcm2 jd lam idup aku.rasa hina n dihina pun ada.rasa sakit n disakiti pun ada..mcm2 aku terasa..ntahla..xtau nk ckp camne..

Hmm..aku nk ucapkn mekasih byk2 kat kwn2 aku yg byk tlg aku tuk lupakan benda 2 wlpn smmgnye aku xkan dpt lupakan..especially housemates yg baik sgt..wlpn kene kutuk sampai pedas cuping telinga, tp xpe..sume 2 leh gelakkan hati aku yg sdg sedih..

Tuk si dia, smmgnye aku dh maafkn n aku halalkan sgl2..aku doakan dia berjaya lam blaja n hrp akan jumpa pengganti aku yg leh jaga dia n bimbing dia.andai kata ade sesapa yg lukakan hati dia pasti aku mula2 yg akan g tumbuk muka dia..mn leh lukakan hati org yg aku syg..haha..

Anyway..aku akan cuba idup walau dengan apa cara skalipun..kesakitan tetap ada sampai aku demam2..tp xpela..nk wat camne..dah nasib badan.aku terima ngan redha n hati yg sabar..semoga Allah pimpin aku n dia..insyaAllah...

Thursday, September 17, 2009



Assalamualaikum sume..sy dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri untuk sume kenalan, kengkawan,pakcik-makcik,sepupu-sepapat,sedara-mara n sume yg mengenali diri ini..cewahhh..cam lam tv lak..huhu
maaf zahir n batin ye sume..0-0 k..esok nk blk kg dh..yuhuuu...

Sunday, September 13, 2009

aku hanya mimpi

Dingin sungguh malam ini
Dan sukar mata kulelapkan
Lalu kucuba coretkan
Secebis lembaran buatmu

Tidak terkira perutusan
Satu pun tiada balasan
Namun ku tak putus harapan
Walau hati ini sudah mula bergoyang

Dapat ku bayangkan kau mula berubah
Bila bersama kawan-kawanmu
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk berkongsi kasih dan cinta

Disebabkan itu kau mencipta jurang
Perhubungan kita mula menjadi renggang
Dan keangkuhanmu kini mula ketara
Memandang aku cuma sebelah mata

Dulu aku bagimu
Jambatan untuk kau ke seberang
Mudah sungguh kau lupakan
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untukmu

Thursday, August 20, 2009

Hadiah untuk Ma

"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh-sungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan genggam kejayaan ini.."

Assalamualaikum semua..dh lama xupdate blog...hari ni rasa terpanggil lak..setiap kali aku tulis blog mesti cam ade mslh kan?eee..apela..nape byk sgt m
slh lam idup aku ni?kl ni xnk lg cite psl masalah..tp nk cite psl konvo pd 16hb Ogos 2009 ari 2.yg dtg masa konvo aku ialah kak zura, tecer n nisa..thanx sume..walaupun ma xdtg sbb jaga abah, aku xbersedih pun..aku hadiahkan segulung ijazah ni tuk ma aku yg aku syg..



Ma…

Ketika aku masih belajar bertatih…

Engkau melihatku dengan penuh asyik…

Ketika aku belajar berkata…

Engkau mendengarku dengan teliti…


Ma…

Engkau menyinari hidupku dengan kasih sayangmu…

Dan tiada yang lebih bermakna selain itu…

Engkau menurut kemahuan ku…

Selagi mana yang mampu…


Kini…

Tiba saatku membanggakan dirimu…

Membanggakanmu dengan kejayaan ku…

Kejayaan yang hanya dikecapi dengan usahaku…

Kejayaan yang mencerahkan masa depanku…

Kerana itulah yang kau mahu dariku…


Terima kasih ma kerana menjadikan aku seorang manusia yang berguna..

jasamu xdpt aku nk balas..


Cinta bukan mengajar kita jadi lemah, tp membangkitkan kekuatan...Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tp menghembuskan kejayaan..


Sunday, August 2, 2009

Kemarahan Mengundang Kehancuran

Salam semua..kali ni aku nak cite pasal sifat amarah ataupun marah yg mna aku sendiri pun xdpt nk kawal ngan 100%.Padahal aku dh tau yg sifat marah ni leh mencetuskan byk kehancuran teruatamanye lam hubungan sesama manusia.tapi bl benda 2 dtg secara mengejut, kadang2 syaitan cepat nk kuasai diri.lepas drpd 2 br nak nyesal.bodohnye aku ni..adui..jom tgk psl sifat marah ni..

MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah (SWT) dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja’far bin Muhammad berkata: “Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian).”

Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.

Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.

Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita.

Bagi membendung dan mengubati penyakit marah, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap-luap.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah (SWT)).” (Riwayat al-Tirmizi)

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah (SWT) dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap-luap.

Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.

Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga.

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa. Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang.

Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat al-Bukhari)

Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.

Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah (SWT) bermaksud: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” (Surah al-Syura ayat 37).

Marah adalah penyakit yang sepatutnya dihindari, tetapi marah juga amat perlu dalam keadaan tertentu. Seorang bapa wajib marah jika ahli keluarganya sengaja tidak mahu mengikut ajaran Islam. Jika mereka dalam tanggungannya sengaja melanggar perintah Allah (SWT), ketua keluarga wajib menegur dan memarahi.

Rasulullah marah apabila hukum Allah (SWT) dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.

Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.

Ya Allah..aku menyesal atas segala perbuatan aku.Kau berilah hidayah kepada aku untuk perbaiki diri. Kau hindarilah aku dari sifat amarah dan keji ini..amiiin..


Fikir mengenai matlamat dan sebab yang menjadi punca kemarahan. Jangan cepat menyalahkan orang. Fokus ke atas punca sebenar yang mencetuskan kemarahan.

Andai aku tahu..




andai aku tahu aku akan kecewa...lebih baik aku bersendiri
andai aku tahu aku adalah boneka dimata kau...lebih baik kau tidak memandang aku

andai aku tahu mencintai kau itu satu penyiksaan...lebih baik aku tidak punya perasaan itu

andai aku tahu aku akan keseorangan...lebih baik aku keseorangan dari dulu
andai aku tahu aku punca kau terpaksa buat keputusan...lebih baik aku tak pernah tanya keputusan kau

andai aku tahu kata2 mu hanya dusta...lebih baik aku tidak mempercayai kau

andai aku tahu cinta kau hanya sementara...lebih baik aku tidak punya cinta itu

andai aku tahu sayang aku itu murah buat mu...lebih baik aku memberi kau sampah

tapi tahukah engkau yang aku masih mencintai kau dan akan mencintai kau selagi aku mampu bernafas


Salam buat semua..haha..mukaddimah yg jiwang ckit kali ni..apela aku ni?ni pun nk cite kat blog ke?haha..xkisahla org nk ckp pe.ni blog aku.biarla aku nk tulis ape pun ek.

erm..sejak akhir2 ni entahla..aku rasa diri aku ni dh mcm xbetul dah.ade je mslh yg muncul.xnak pkir pun bnda 2 akan dtg ngan sendiri.tapi aku mesti la kuatkan..dh nama anak jantan harapan keluarga.nape mesti cepat melatah ngan benda2 mengarut camni.bazir masa je.baik aku pkir camne aku nk ubah masa depan keluarga aku daripada duk pkir benda yg tak pasti ni.ade jodoh adela kan..watpe nk bising2...

org ckp senangla.lupakan.lupakan...tapi aku yg menanggung ni aku jela yg tahu.mungkin ade hikmah disebaliknye.aku kenela sentiasa positive kan..teringat lirik lagu inteam.Cintailah Ilahi..terkena gak atas dahi aku ni...haha..padan muka aku..sape suh gatal sgt dulu..haha..


Rasa cinta

Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya

Dan kerananya manusia sanggup apa saja

Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta

Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa

Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta

Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai

Mungkinkah si dia ?kan tetap setia

Setelah kau serah jiwa dan ragamu

Mungkinkah kau pastikan tidak ?kan dihancurkan

Jika kau mencintai bunga

Sedarlah engkau bunga itu ?kan layu

Jika kau cintakan manusia

Sedarlah suatu hari dia ?kan pergi

Jika kau mencintai harta

Harta itu nanti kau akan tinggalkan

Jika kau mencintai Ilahi

Hanya Dia yang akan kekal abadi

Cintailah Ilahi

Aku sentiasa berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepada aku tuk lalui sume ni.mungkin ni bukan ujian yg paling berat.tp setiap ujian yg Allah nk bagi mesti blh ditempuh oleh setiap hamba Dia kan..kla tuk kali ni..nanti aku update lg pasal kisah idup aku ni..namanye diari idup kan..huhu

“Allah memberi hidayah melalui kamu seorang lelaki lebih baik bagi kamu daripada unta Humr an-Ni’am(jenis unta yang paling tinggi nilainya)” [Muttafaq ‘alaih)


Wednesday, July 22, 2009

Cabaran Hidup

Assalamualaikum wbt.

Dah lama aku x update blog rupanya..huhu..sibuk ckit kebelakangan ni..kesempatan yang ade sebelum balik office ni, aku kuatkan tuk tulis ckit tuk dikongsi ngan pembaca2 skalian.

Berbicara mengenai cabaran hiudp, ironinya kita x dpt lari dari memikirkan masa depan.semuanya inginkan warna-warni seperti yang diinginkan.Andai kita punya kuasa, sudah tentu percaturan masa hadapan kita yang tentukan. Barangkali kita terlupa, dunia satu warna sudah tentu mengundang kebosanan. Tanpa cabaran dan musibah, dunia menjadi lebih kelam dan suram.Lantaran itu, masa depan yang dijanjikan Allah sudah termaktub dalam louh mahfuz.

Aku terpegun melihat seekor ulat bulu.aku tertanya2 adakah ulat bulu itu sedar yang satu hari hari nanti dia akan bertukar menjadi rama2 yang cantik?mungkin kesedaran itulah menyebabkan ulat bulu itu terus tabah menjalani kehidupan seharian.walaupun pelbagai cabaran dihadapi dalam hidupnya.namun dia tetap tabah.

sebenarnya ada beberapa cabaran yang seharusnya kita ketahui. Dalam keadaan dunia mengalami anjakan paradigma yang begitu drastik, kita sering dimomokkan dengan hiburan terlampau, warna-warna ciptaan manusia yang melalaikan, dan propaganda barat yang tidak pernah henti. Atas dasar itulah, kalam Allah yang termaktub dalam kitab suci dan wasiat nabi menjadi benteng ketahanan diri. Konflik dalam diri sering wujud apabila kita berbicara dengan akal, nafsu dan hati kecil kita. Hal inilah yang menjadi cabaran dalam kehidupan, iaitu cabaran sikap dan pendirian. Kata orang, sesiapa yang ingin berubah perlu bermula dari diri sendiri. Benarlah, dan ini bertepatan dengan mafhum dari surah al-Baqarah, ayat 153.

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”.

Kadangkala kita sering membenarkan kata-kata nafsu kita dan hal inilah yang menjadi cabaran untuk kita melakukan perubahan (mutaghoiyirot). Lemahnya jati diri dan kurangnya penghayatan al-Quran akan membuka banyak ruang-ruang untuk syaitan merajai diri. Natijahnya, kita sendiri tidak kembali kepada fitrah. Tidak hairanlah, hati sentiasa mencuba biar akal menentang dan nafsu pula mengiyakan.

Antara cabaran lain pula ialah cabaran kefahaman. Perkara yang kita lakukan tanpa tujuan dan ilmu bolehlah diumpamakan seperti tin kosong yang berkarat. Tiada isi dan tidak boleh dimanfaatkan. Hidup hanya suka-suka dan hiburan sebagai matlamat jelas menggambarkan bahawa kita kemarau ilmu dan kefahaman. Jangan terkejut sekiranya keluar kata-kata skeptikal begini. ‘saya memang dilahirkan untuk menyanyi.’ ‘Allah anugerahkan kecantikan untuk saya tunjuk’ dan sebagainya. Tidak memahami sebab dan hakikat penciptaan menjadikan kita ini manusia yang mudah diperkotak-katikkan. Bahkan kita umpama lembu dicucuk hidung apabila menjadi mangsa eksploitasi media dan orientalis barat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah lagi.

“Allah menganugerahkan al-Hikmah (kefahaman mendalam tentang al-Quran dan asSunnah) kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahkan al-Hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahkan kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pengajaran (dari firman Allah)” (2:269)

Siapalah di antara kita yang berani menafikan kalam Allah? Sudah tentu kita wajib membenarkan. Kefahaman yang Allah anugerahkan perlu dimanfaatkan dan dijadikan sebagai benteng menentang cabaran kefahaman. Justeru bergeraklah di atas kaki sendiri. Beridentitikan Islam sejati, bukan Islam pada nama semata.

"hari-hari sepanjang kehidupan bukan selamanya diiringi episod suka dan tawa. Kerana syurga terlalu mahal untuk orang yang hidup sambil lewa di dunia. Apatah lagi yang mencintai dunia sementara. Syurga itu hadiah buat mereka yang berusaha mendapatkannya.."

"perjalanan menempuh usia, menuntut jutaan pengorbanan. Antara tawa dan air mata, gadaian kita hanyalah syurga. segala rela dan paksa , melaksanakan syiar di bumiNya. masih ada masa membetulkan yang tersalah, menyatukan yang terpisah.."